
- Siti Khadijah :🌹
Beliau merupakan isteri Rasulullah ﷺ yang melahirkan anak-anak Rasulullah, setia dan mendukung Rasulullah ﷺ walaupun ditentang hebat oleh orang – orang kafir dan musyrik, mengantarkan makanan kepada Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira’. - Siti Fatimah :🌹
Putri Rasulullah ﷺ yang tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kepada suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berbagi 1 bantal dan kadang-kadang berbantalkan lengan Ali. Rasulullah ﷺ pernah berkata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu. - Siti Aisyah :🌹
Beliau isteri Rasulullah ﷺ yang paling romantik. Sanggup berbagi bekas makanan dan minuman dengan Rasulullah. Di mana Nabi ﷺ minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yang sama. - Siti Hajar :🌹
Isteri Nabi Ibrahim yang patuh kepada suami dan suruhan Allah ﷻ. Sanggup ditinggalkan oleh Ibrahim atas suruhan Allah ﷻ demi kebaikan. Berjuang mencari air untuk anaknya Nabi Ismail. - Siti Maryam :🌹
Wanita suci yang memang pandai menjaga kehormatan diri & mempunyai maruah yang tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah ﷻ untuk mengandungkan Nabi Isa. - Siti Asyiah :🌹
Isteri Firaun yang tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yang dihadapinya daripada Firaun Laknatullah. - Siti Aminah :🌹
Wanita mulia yang menjadi ibu kandung Rasullullah ﷺ. Mendidik baginda menjadi insan mulia. - Siti Muti’ah :🌹
Isteri yang patut dicontohi dan dijanjikan Allah ﷻ syurga untuknya karena setianya kepada suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat untuk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik untuk tatapan suaminya saja. - Siti Zubaidah : 🌹
Wanita kaya dermawan yang menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rasyid. Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan untuk kegunaan orang ramai hanya niat karna Allah Subhanahu Wa Ta’alaa
BACA JUGA : BERDUKALAH dengan yang manis
Semoga ALLAH ﷻ senantiasa membimbing kita dalam keadaan iman.
•┈•●●●◎❅❀❦❖❖❦❀❅◎●●●•┈•
🌹 الَلَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
🌹 وَعَلَي اٰلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِمْ (ﷺ)
1 thought on “9 WANITA SURGA YANG PATUT DI CONTOH”
Anda harus log masuk untuk menerbitkan komentar.